Mayat ketiga tragedi banjir dan kepala air yang disahkan hilang pada Isnin, ditemui pasukan penyelamat sekitar jam 11.55 pagi tadi.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saidon, mangsa mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 tahun, ditemukan dibawah timbunan pokok yang terletak tidak jauh dari mayat ibu dan kakak iparnya yang ditemui sekitar jam 9.30 pagi.